Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan sebagai
President Kelab. Menjadi seorang President bukanlah tugas yang mudah, mengalas
jawatan ini memerlukan kecekalan yang tinggi. Sebelum ini saya pernah terlibat
dengan banyak program di bawah Kelab BIOSIS. Dari program pertama lagi saya
sudah mula menanam rasa SAYANG terhadap Kelab BIOSIS kerana bagi saya Kelab
BIOSIS mempunyai sesuatu yang istimewa yang hanya akan saya dapat sekiranya
saya terus dan terus menyayanginya. Begitu juga dengan anda semua.
Kelab BIOSIS adalah kelab yang baru ditubuhkan lebih
kurang 2 tahun yang lepas, kelab ini adalah gabungan dua buah kelab iaitu Kelab
Double Helix dan Kelab Biodiversiti. Antara perkara yang akan saya bawa adalah
saya amat menekankan rasa “Sayang terhadap Kelab” kita sendiri sama seperti
manifesto saya. Saya berharap dengan peluang sebagai seorang President
sekarang, saya dapat membuat semua ahli BIOSIS mempunyai rasa sayang terhadap
kelab. Bagi saya, rasa sayang ini amat penting bukan sahaja ia akan menyebabkan
kelab kita mempunyai ukhwah yang kuat antara ahli malah ia membuatkan kelab
kita maju dan berdaya saing antara kelab-kelab lain. Kenapa saya berkata
begitu? Kerana bagi saya ahli yang mempunyai rasa sayang akan sentiasa memberi
sokongan penuh terhadap kelab nya. Apabila sesebuah kelab itu mendapat sokongan
ahli, apa sahaja program yang dirancang akan mendapat sambutan dan boleh
berjalan dengan lancar.
Pendekatan yang saya lakukan adalah amat berbeza
kerana bagi saya pendekatan sebegini lebih penting bagi sesebuah kelab. Selain
itu, saya berharap juga bahawa kelab BIOSIS mendapat sokongan penuh dari
ahlinya jika tidak kita akan tumbang ibarat pokok tumbang kerana akarnya tidak
kuat. Di harap untuk program-program yang akan datang, ahli BIOSIS dapat
memberi sokongan yang jitu demi untuk memajukan kelab kita sendiri.
Akhir kata dari saya, bersama-sama kita
memberi sokongan kepada Kelab BIOSIS dan membuatkan kelab kita maju dari segala
aspek.
Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Firdaus B. Musa,
President Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS).
No comments:
Post a Comment