Tuesday, 29 January 2013

Air bukan sekadar penghilang dahaga




Badan kita memerlukan 70 peratus dan jika air yang diminum bersih, sel badan akan menjadi lebih segar dan kuat. Cukupkah kandungan air yang kita perlukan? Masalah berlebihan air sebenarnya jarang berlaku, tetapi kebanyakan orang menghadapi kekurangan air (dehidrasi).



Tahukah anda?

Badan kehilangan air melalui:

  • pernafasan (satu gelas air atau 14 peratus)
  • air kencing ( 5 1/2 gelas air atau 10 peratus)
  • peluh ( dua gelas air atau 34 peratus)
  • najis ( setengah gelas air atau 2 peratus)
Air mempunyai banyak kelebihan yang kita sedia maklum, antaranya:

1. Membantu mengekalkan kelangsingan badan.
 Minum banyak air kosong sebenarnya membantu mencergaskan metabolisme kita terutama air yang benar-benar sejuk(bukan ais batu). Hal ini kerana badan kita perlu bekerja untuk memanaskan air berkenaan dan proses ini akan membakar kalori.

2. Air merangsang tenaga.
Pengambilan air yang secukupnya akan membantu jantung mengepam darah dengan lebih efisien begitu juga dengan organ yang lain.

3. Air dapat kurangkan tekanan dalam badan.

4. Menjaga otot.
Minum air yang secukupnya dapat mencegah daripada mengalami kekejangan otot dan juga menjadi pelincir sendi.

5. Air mencergaskan pencernaan.
Air membantu melembutkan bahan buangan supaya ia mudah bergerak di dalam usus dan menuju ke rektum untuk dibuang menjadi najis.

6. Mencegah terbentuk batu karang.
Air membantu mencairkan garam dan mineral dalam air kencing. Batu karang tidak boleh terbentuk dalam air kencing yang cair.

7. Mencantikkan kulit.
Kekurangan air dalam badan membuatkan garis halus dan dalam di kulit mudah terbentuk. Ada orang mensifatkan air sebagai krim kecantikan semula jadi kerana ia boleh menyihatkan sel, membuatkan kulit kita nampak lebih muda. Air juga menyingkirkan bahan kumuh dari badan yang menjadi racun kepada kecantikan kulit.


Tanda badan kekurangan air:
  • Berat badan menurun melebihi satu peratus sehari.
  • Warna air kencing menjadi pekat dan jumlahnya sedikit.
  • Rasa sangat dahaga.
  • Sakit kepala, tidak selesa.
  • Kebas atau terasa menyucuk di kepala, leher dan belakang badan.
  • Seram sejuk atau menggigil beserta kulit berpeluh dan pucat.
  • Terlalu lesu.
  • Mual
  • Denyut nadi menjadi cepat tetapi lemah.
Sumber: harianmetro 28januari2013



    

No comments:

Post a Comment