Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) ditubuhkan pada 13
April 2012 (Rabu) pada pukul 10 malam bertempat di Kompleks Kuliah 3 ketika berlangsungnya
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Kelab Jabatan Sains Biologi (JASBIO).
Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) merupakan satu organisasi yang
menggabungkan dua buah kelab akademik di bawah Jabatan Sains Biologi iaitu
Kelab Double Helix (Sarjana Muda Sains (Sains Biologi)) dan Kelab Biodiversiti
(Sarjana Muda Sains Gunaan (Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti)).
Penggabungan ini adalah selaras dengan saranan daripada
TNC Hepa, Prof. Dr. Yahaya bin Ibrahim dan juga daripada Ketua Jabatan Sains
Biologi (JASBIO), Dr. Faridah binti Mohamad iaitu bagi melaksanakan rancangan
‘1 Jabatan 1 Kelab’ seperti HIMMAT (gabungan dua jurusan matematik) dan Kelab
Kemahasiswaan Kimia (gabungan dua jurusan kimia). Saranan ini diadakan kerana
melihat kepada masa hadapan universiti sendiri yang bakal berkembang pesat
dengan pertambahan jurusan baru bagi setiap fakulti dan jabatan, seperti
penambahan jurusan Bio Molekul di bawah Jabatan Sains Biologi sendiri pada masa
akan datang. Jadi, adalah sesuatu yang kurang relevan sekiranya terdapat tiga
atau pun lebih kelab di bawah satu jabatan sedangkan matlamat adalah hampir
sama.
Sebagai mana di Universiti Sains Malaysia (USM), di bawah
Jabatan Sains Biologi USM, terdapat satu kelab akademik yang dipanggil
BioSociety yang mana menggabungkan sembilan jurusan yang berbeza seperti
Botani, Biologi dan sebagainya. Justeru program-program seperti kesedaran Alam
Sekitar, Bioteknologi dapat dirasai oleh semua ahli kelab di bawah jabatan yang
sama tanpa mengira jurusan. Dan dalam jangka masa yang panjang, tidak mustahil
UMT juga akan memiliki 9 jurusan di bawah 1 jabatan. Oleh itu, Gabungan
Mahasiswa Biologi (BIOSIS) dilihat sebagai satu penggabungan yang efektif dan
memberi faedah yang besar pada masa hadapan di samping sebagai satu peluang
untuk bertukar pandangan dan cara pemikiran antara Jurusan Sains Biologi dan
Biodiversiti.
Susur
Galur Asal Usul Nama BIOSIS
Nama BIOSIS,
singkatan bagi Biologi Siswa Siswi, adalah merupakan ilham salah seorang Majlis
Tertinggi Kelab Double Helix sesi 2010/2011, saudara Fong Kong Wing yang
bermaksud ‘Life’ ataupun Kehidupan. Manakala menurut bahasa Greek, bíōsis bersamaan dengan biō- (untuk
hidup) dan –sis (perbandingan) seperti perkataan anabiosis, simbiosis dan
sebagainya. Pada asalnya, nama BIOSIS adalah nama
kumpulan saudara Wing untuk subjek Biologi Perkembangan (diajar oleh Dr Chong
Ju Lian) bagi mendapatkan kedudukan yang paling strategik di dalam makmal.
Kumpulan Biosis ketika itu membariskan 8 orang ahli iaitu Fong Kong Wing,
Mohamad Haris (Presiden Pertama BIOSIS), Nurshuhaina, Asyikin, Nadzaty Asima,
Hidayah, Fatin Syahirah, dan Rozaireen. Kemudian, nama BIOSIS ini telah
dicadangkan di dalam pemilihan nama kelab untuk diberi kepada ketua jabatan.
Dan akhirnya, Biologi Siswa Siswi telah dikembangkan menjadi Gabungan Mahasiswa
Biologi tanpa mengubah singkatannya, BIOSIS.
No comments:
Post a Comment