Saturday 9 March 2013

Kembara Ilmu 2013

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kelab Biosis telah berjaya menganjurkan program Kembara Ilmu 2013 dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu.


Program yang berkonsepkan sains dan al-Quran yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang sains dari perspektif Islam dan al-Quran. Program yang berlangsung pada 9/Mac/2013 yang diadakan aktiviti-aktiviti sepanjang satu hari. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah :

1. Ceritera Cendekiawan
2. Menyingkap Khazanah Sains Bersama Islam bersama Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir yang bertajuk Benarkah Alam Bertasbih
3. Explorace Jejak OSEM
4. Menyingkap Khazanah Sains bersama al-Quran. Forum yang menfokuskan bolehkah agama membangunkan sains dan adakah wujud kesatuan antara sains dan agama. Panel yang hadir ialah Prof. Dato' Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari dan Ustaz Shauqi Othman, personaliti TV9 (Tanyalah Ustaz)

Program ini telah berjaya membuka minda para peserta dan para hadirin. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Program Kembara Ilmu, MT dan EXCO serta AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang perjalanan program Kembara Ilmu 2013.

Semoga program bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Sekian, wassalam.

Persembahan kumpulan Ilham Universiti Malaysia Terengganu

Forum bersama Prof. Dato' Yusof Othman dan Ustaz Shauqi Othman 


Sewaktu sesi forum berlangsung

Barisan EXCO dan AJK



Thursday 7 March 2013

The Big Bang Theory (Quran dan Sains)

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya adalah sesuatu yang padu. kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air kami jadikan segalanya sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka juga tidak beriman?
(surah al-Anbiya';30)

Keterangan ayat:
  1. Mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum berpisah dua.
  2. Hakikat kehidupan air sebagai asas segala kehidupan.

Berhubung dengan ayat di atas, berdasarkan Imam Said bin Jubair berkata:
"Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan, dan dengan itu maka zahirlah bumi dan berlakulah pemisahan dan itulah yang dijelaskan oleh Allah dalam ayat ini."

Kebenaran ayat Allah ini dibuktikan dengan teori Bing Bang. Berdasarkan teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu kemudian berlaku suara letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Kemudian, berlaku pengembangan dan pengecutan, maka lahirlah bintang-bintang, planet-planet dan galaksi serta seumpamanya.


Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemui bukti-bukti yang kukuh menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan alat-alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa alam ini bercantum pada asalnya diikuti letupan yang besar, ekoran dari letupan maka terjadi pengembangan ini.

Maka, 
kenyataan al-Quran berhubung teori permulaan alam sememangnya saintifik. 
Dr. Alfred Kroner seorang pakar sains geologi berkata,
"Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itu pun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu, saya rasa tidak akan mampu untuk mengetahui tentang hal ini."

Akhirnya beliau berkata,
"Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan bumi dan kejadiannya, dan bila kita kaitkannya dengan kejadian sains, maka kita menyatakan kenyataan al-Quran secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik."

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin




Tuesday 5 March 2013

Jantung sahabat manusia.

Jantung merupakan organ terpenting dalam badan kita.
Organ yang tidak akan berhenti bekerja melainkan kita sudah meninggal dunia.

Jantung manusia mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Antaranya:

1. Saiz jantung hanyalah sebesar sekepal tangan kita.
Walau pun jantung kita hanyalah sebesar itu, ia merupakan organ yang paling aktif dalam badan. Jantung berfungsi secara automatik tidak seperti organ yang lain di mana memerlukan kehendak kita untuk bertindak.


2. Jantung bukan hanya satu pam. 
Jantung terdiri daripada dua pengepam yang berlainan. Pam sebelah kiri mengeluarkan darah ke seluruh tubuh dan membawa oksigen serta zat makanan untuk disebarkan ke seluruh sel badan kita. 
Apabila sampai ke seluruh tubuh kita paling hujung, darah kembali ke pam sebelah kanan, dan dihantar ke paru-paru untuk mengumpulkan oksigen dengan lebih banyak. 
Kemudian, darah kembali ke pam sebelah kiri dan dipam keluar dari jantung. 
Demikianlah proses ini terus berulang.

3. Volume Pengepam satu hari.
Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 1500 meter.

4. Panjang saluran darah.
Saiz aorta bersamaan dengan saiz hos air yang biasa digunakan dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. 
Tahukah anda? Jika disambung keseluruhan saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100 000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!


5. Denyutan jantung.
Kadar kelajuan jantung kita berdenyut bergantung dengan aktiviti yang kita lakukan. 
Rata-rata sepanjang kita hidup, jantung berdenyut sebanyak 3 bilion kali tanpa henti.
Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia?


6. Tekanan pam jantung.
Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. 
Walaupun seseorang sedang berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lagi keras daripada otot kaki yang sedang berlari pecut.


Oleh itu, kita mesti sayang akan jantung kita. Hargai jantung dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

video mengenai cara jantung bekerja



5 fakta hebat tentang senyuman


Senyuman mampu menceriakan hari anda dan juga orang sekeliling anda.

Berikut adalah 5 fakta menarik tentang senyuman berdasarkan sains.

1. Para saintis mendapati dengan senyuman dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat kepada sistem saraf otak dan hormon-hormon.

2. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman mengurangkan kadar pengaliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang sudah sejuk ini sampai ke hipotalamus iaitu bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi ia menghasilkan kesan gembira.

4. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambahkan kemasukan oksigen ke dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan masalah penyakit jantung.

5. Ketawa mampu memperbaiki fungsi usus, sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ketawa juga mampu melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi yang akan membuatkan otak lebih peka dan bersedia membuat maklumat baru.

Jadi, mulakan hari anda dengan senyuman.


Friday 1 March 2013

Program semester 2 2012/2013 BIOSIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga BIOSIS dan Universiti Malaysia Terengganu.

Pejam celik pejam celik sudah masuk minggu kedua sesi kuliah bermula.
Ada yang masih mengenang keputusan semester lepas? Ayuh, kita buka buku baru.
Teruskan usaha anda dan kekalkan momentum pembelajaran sehingga ke akhir semester.

Di sini turut dilampirkan perancangan program untuk semester ini.

MAC
Program Kembara Ilmu: Sains dari Perspektif al-Quran serta Tokoh-tokoh Ilmuan Islam
Program Malam Penghayatan Palestin

APRIL
Program Mount Tahan Expedition Challenge 2013
Program Konvensyen Biologi IPTA se-Malaysia

MEI
Program Family Day "Keluarga Ceria Teras Kecemerlangan Diri"
Program Annual Grand Dinner JasBio

Semoga program-program ini dapat membina ukhwah antara kita dan membawa BIOSIS lebih maju pada masa hadapan.

 Insya-Allah.