Thursday 24 January 2013

Program Tautan Hati dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012


Tarikh : 15/09/2012 – 16/09/2012
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang (15/09/2012)
: 7.30 pagi – 5.00 petang (16/09/2012)
Perasmi (Jawatan) : Prof. Madya Dr. Mariam Binti Taib
(Timbalan Dekan Akademik dan HEP Fakulti Sains dan Teknologi)

Objektif program:
1. Mengeratkan silaturrahim antara ahli-ahli Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS).
2. Memberikan peluang kepada ahli Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) untuk bekerjasama. Dengan ini diharap persefahaman dan permuafakatan dapat diterapkan antara ahli kelab bagi memajukan Gabungan Mahasisiwa Biologi (BIOSIS).
3. Sebagai salah satu medium kepada ahli-ahli kelab menimba pengalaman dalam menyusun atur dan mengendalikan program untuk aktiviti kelab yang akan datang.

Berikut merupakan perjalanan program tersebut:

i) Semua AJK telah berkumpul untuk membuat persediaan terakhir seperti menyediakan makanan dan persiapan tempat untuk jamuan. Pada pukul 3.00 petang, semua pelajar dan pensyarah Jabatan Sains Biologi serta tetamu kehormat tiba di Foyer PSNZ. Ketibaan ahli BIOSIS disambut oleh bahagian pendaftaran serta dibawa ke tempat duduk masing-masing. Manakala para pensyarah jemputan disambut dan diiring oleh AJK program ke meja VIP.

ii) Seterusnya pada pukul 3.30 petang, Pengarah Program iaitu Mohamad Hanif Bin Sukarman telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan diikuti oleh Timbalan Dekan Akademik dan HEP Fakuti Sains dan Teknologi, Prof. Madya Dr. Mariam Binti Taib yang menyampaikan ucapan perasmian majlis pada jam 3.40 petang. Beliau sedikit sebanyak menasihati para pelajar tentang adab-adab menuntut ilmu seterusnya merasmikan majlis. Pada pukul 4.00 petang,para pensyarah dan para pelajar disajikan dengan video pengenalan BIOSIS.

iii) Lebih kurang 4.15 petang, semua pelajar dan pensyarah dijemput untuk menjamu selera bersama-sama. Semasa menikmati hidangan, para pelajar serta pensyarah sekali lagi disajikan dengan video aktiviti BIOSIS sepanjang penubuhan kelab ini selama dua tahun. Slot video ini memberi peluang kepada pelajar baharu untuk berkongsi pengalaman serta menimba sedikit pengetahuan berkenaan kursus yang didaftarkan.

iv) Pada pukul 5.00 petang majlis berakhir. Para pelajar dan pensyarah bersurai. Semua AJK program bekerjasama membersihkan Foyer PSNZ sebelum pulang.

v) Pada keesokan harinya iaitu pada 16 September 2012 telah berlangsungnya orientasi BIOSIS yang bercorak kecergasan yang mana mencabar fizikal dan mental para peserta.

vi) Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi iaitu para peserta tiba di Foyer PSNZ seterusnya pada jam 7.45 pagi pendaftaran para pelajar dijalankan. Selesai mendaftar, para pelajar diberi taklimat mengenai aktiviti sepanjang hari tersebut. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran penasihat kelab BIOSIS iaitu Dr. Andrew anak Ngadin.

vii) Seterusnya, pada pukul 8.30 pagi, para pelajar menikmati sarapan di Foyer PSNZ sebelum bergerak ke Dataran Canseleri untuk sesi senamrobik pada pukul 8.45 pagi.

vix) Selepas tamat aktiviti senamrobik pada pukul 9.30 pagi, para pelajar bergerak dalam kumpulan untuk sesi ‘Ice breaking’ .’Ice Breaking’ tamat pada pukul 10.00 pagi dan para pelajar sekali lagi diberi taklimat berkenaan aktiviti yang seterusnya iaitu Dikau Buruanku yang bercorak explorace. Aktiviti Dikau Buruanku tamat pada jam 12.15 tengahari.

viix) Seterusnya, para pelajar menikmati makan tengahari dan berehat. Aktiviti disambung tepat jam 2.00 petang dimana para pelajar berbincang tentang persembahan kumpulan masing-masing yang telah dipecahkan kepada empat kumpulan. Tepat jam 2.40 petang, persembahan para pelajar dimulakan. Slot persembahan diakhiri dengan persembahan daripada para fasilitor. Selesai persembahan, sesi penyampaian hadiah dijalankan. Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Presiden Kelab BIOSIS, Muhamad Firdaus Bin Musa serta Pengarah Program, saudara Muhamad Hanif Bin Sukarman.

viiix) Majlis bersurai tepat jam 4.00 petang. Semua AJK yang terlibat bekerjasama mengemaskan Foyer PSNZ sebelum bersurai.



No comments:

Post a Comment