Tuesday 18 October 2011

ONE Tree For Million Lives


Disediakan oleh : Siti Nur Laila binti Mohd Noh (Exco Tugas-tugas Khas BIOSIS 2011/2012)

Objektif utama adalah untuk mendedahkan mahasiswa kepada suasana sebenar kehidupan alam semula jadi.
Dengan penyertaan seramai 57 orang mahasiswa dan seorang staf UMT sebagai pengiring ke Pusat Penyelidikan Biodiversiti  Bukit Marak, Besut Terengganu pada 13 Oktober 2011 yang lalu, program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini mampu memberikan kesan dan pengalaman yang sangat berharga kepada mereka. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Faridah selaku ketua Jabatan Sains Biologi UMT serta ucapan dari Ketua Pegawai Pusat Penyelidikan Biodiversiti, Pn Siti Salwani Ismail. Antara pengisian adalah Ceramah Konservasi Biodiversiti yang banyak menerangkan tentang perkembangan dan kegiatan yang dijalankan oleh pihak PERHILITAN;  aktiviti ‘Kembara Malam’ dimana peserta dibawa berjalan masuk ke hutan untuk melihat haiwan nokturnal yang berjaga mencari makan pada waktu malam dan aktiviti kemuncak iaitu ‘Burung Hantu’ dimana peserta dibiarkan berjalan seorang diri di dalam hutan dengan hanya berbekalkan sebatang lilin menuju ke tempat berkumpul dalam suasana malam beserta kicauan unggas.
Ternyata aktiviti sebegini bukan sahaja dapat menambah pengetahuan para peserta mengenai kekayaan bumi dengan pelbagai jenis flora dan fauna, malah turut memberi impak yang besar kepada diri iaitu kesedaran betapa pentingnya kita sebagai generasi hari ini untuk memelihara alam semula jadi serta kekayaan di dalam nya demi kesejahteraan generasi akan datang.ONE TREE FOR MILLION LIVES merupakan salah satu program terbaru dan pertama kali diadakan dalam kelab BIOSIS (Gabungan Mahasiswa Biologi). Objektif utama adalah untuk mendedahkan mahasiswa kepada suasana sebenar kehidupan alam semula jadi.
Dengan penyertaan seramai 57 orang mahasiswa dan seorang staf UMT sebagai pengiring ke Pusat Penyelidikan Biodiversiti  Bukit Marak, Besut Terengganu pada 13 Oktober 2011 yang lalu, program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini mampu memberikan kesan dan pengalaman yang sangat berharga kepada mereka. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Faridah selaku ketua Jabatan Sains Biologi UMT serta ucapan dari Ketua Pegawai Pusat Penyelidikan Biodiversiti, Pn Siti Salwani Ismail. Antara pengisian adalah Ceramah Konservasi Biodiversiti yang banyak menerangkan tentang perkembangan dan kegiatan yang dijalankan oleh pihak PERHILITAN;  aktiviti ‘Kembara Malam’ dimana peserta dibawa berjalan masuk ke hutan untuk melihat haiwan nokturnal yang berjaga mencari makan pada waktu malam dan aktiviti kemuncak iaitu ‘Burung Hantu’ dimana peserta dibiarkan berjalan seorang diri di dalam hutan dengan hanya berbekalkan sebatang lilin menuju ke tempat berkumpul dalam suasana malam beserta kicauan unggas.
Ternyata aktiviti sebegini bukan sahaja dapat menambah pengetahuan para peserta mengenai kekayaan bumi dengan pelbagai jenis flora dan fauna, malah turut memberi impak yang besar kepada diri iaitu kesedaran betapa pentingnya kita sebagai generasi hari ini untuk memelihara alam semula jadi serta kekayaan di dalam nya demi kesejahteraan generasi akan datang.

Sunday 9 October 2011

Program Tautan Kasih BIOSIS


BIOSIS UMT telah mengajurkan program orientasi bersempena kemasukan pelajar-pelajar Tahun Satu dari Jabatan Sains Biologi. Objektif utama program adalah untuk merapatkan ukhwah antara pelajar lama dengan pelajar baru dari jabatan ini serta bagi berkongsi pengalaman senior-senior yang sudah melalui pengajian samada dalam bidang Sains Biologi mahupun Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti.

Tarikh: 07 Oktober 2011 (Jumaat)
Tempat: KK2, pantai UMT (sekitar INOS)
Perjalananan program: 
8.00 am: berkumpul di KK2 untuk perasmian program
9.00 am: sarapan
9.30 am: Ice breaking & aktiviti (LDK)
11.30 am: Makan tg hri & berhenti untuk solat Jumaat
3.00 pm: Aktiviti bersambung (sukaneka)
5.30 pm: Minum petang & Solat Asar
7.40 pm: Aktivit bersambung-Treasure Hunt
9.30 pm: majlis penutup di kk2
10.30 pm: Bersurai


                                                             

Saturday 1 October 2011

Al Quran dan ciri-ciri sensor pada kulit

Apabila di peringkat ketiga melecur (tertiary burn), kita tidak akan terasa sakit apa2..dan ini semuanya telah diterangkan di dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu. subhanallah...
http://unikversiti.blogspot.com/2009/11/al-quran-dan-ciri-ciri-sensor-pada.html
(renungan untuk adik2, abg2 n kakak2 yang akan dan telah mengambil subjek Animal Anatomy n Physiology pada sem 3^^)


Presiden Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) UMT 2011/2012
Mohamad Haris bin Hussain