Tuesday 27 December 2011

Solat Hajat & Ceramah Perdana


Pada 26 Disember 2011, Gabungan Mahasiswa Biologu (BIOSIS) UMT turut bekerjasama dengan pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT dalam menganjurkan program Solat Hajat & Ceramah Agama bersempena minggu peperiksaan akhir semester yang bakal tiba. Ceramah yang bertajuk Hijrah; Bersediakah Kita Menuju Puncak Kegemilangan yang disampaikan Ustaz Ahmad Shukri Yusoff. BIOSIS mendoakan kejayaan semua pelajar dalam peperiksaan akhir kali ini, insya-Allah.. Ma'a Taufeeq Wannajah

:: Presiden Gabungan Mahasiswa Biologi ::

Sunday 18 December 2011

Undian Pertandingan T-shirt Pada Minggu Ini



Perhatian Kepada Semua Ahli Biosis Umt,
Minggu ini akan diadakan 
"PENGUNDIAN T-shirt Baru Biosis UMT 2011/2012",
Kerjasama anda amat diharapkan...
Arahan Dr. Andrew ( Penasihat Biosis UMT ),
Semua Ahli Biosis UMT wajib membeli T-Shirt Biosis UMT,
Tindakan akan diambil kepada yang gagal...

Selamat Mengundi Kepada Semua Ahli Biosis UMT :)

Wednesday 14 December 2011

Pelancaran Logo Baru Biosis Dan Blog Biosis


Atas dasar kerjasama dan toleransi di bawah satu jabatan iaitu Jabatan Sains Biologi, kami ( Mahasiswa Biologi ), bersetuju akan bersatu dibawah satu kelab akademik yang baru, akan berusaha menaikkan nama kelab atas dasar kesedaran intelektual, membantu memelihara khazanah alam semula jadi dan ilmu berkenaannya.

Akhirnya, pengabungan antara
Kelab Double Helix + Kelab Biodiversiti = Gabungan Mahasiswa Biologi  (BIOSIS UMT)

Pelancaran Logo Baru Biosis Dan Blog Biosis

Dengan sukacitanya logo baru Biosis UMT dan blog Biosis telah selamat dirasmikan dalam majlis penuh gemilang di Universiti Malaysia Terengganu.
Video Pelancaran Logo Baru Biosis Dan Blog Biosis.






Pada 6 December 2011
Bertempat di Foyer Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu.
Majlis Telah dirasmikan oleh 
Yang Berbahagia Dr. Faridah (Ketua Jabatan Sains Biologi) 
Dan Logo Baru Biosis Dirasmikan Oleh 
Yang Berbahagia Dr. Mariam (Timb. Dekan Fakulti Sains Dan Teknologi).

Sunday 11 December 2011

Pertandingan Design Baju Biosis UMT 2011/2012


Perhatian...
Telah dimuktamadkan bahawa Pertandingan Design Baju Biosis UMT 2011/2012 adalah seperti berikut :-


- Tema : Bebas
- Kriteria : Menyediakan Tempat Buat Logo Biosis UMT.
- Format Design Baju : Grafik Komputer Sahaja sebagai contoh (JPG, PSD, PNG, XFC, GIF dan lain-lain)
- Semua warga UMT layak untuk menyertai pertandingan ini.
- Tarikh Tutup : 18/12/2011
- Yuran Penyertaan ialah sebanyak RM 3/per design
- Seorang boleh menghantar seberapa banyak design dan tiada had.
- Pemenang pertandingan ini akan membawa pulang wang sebanyak RM100.00 tunai besera sijil penyertaan.




Jika penyertaan banyak, maka hadiah wang tunai mungkin akan digandakan kepada RM200.00 tunai.

Thursday 8 December 2011

Majlis Bersama Pembimbing Siswa


Tarikh: 06 Disember 2011 (Selasa)
Masa: 5.00 petang - 7.00 malam
Tempat: Foyer PSNZ UMT
Penganjur: Jabatan Sains Biologi UMT
Pengarah program: Mohamad Aminudin Bin Nasarudin
Menu: nasi jagung, ayam masak merah, acar, sambal, buah, sate, nasi himpit, kuah kacang, air
Tiada bayaran dikenakan.
Semua mahasiswa Jabatan Sains Biologi dijemput hadir.