Thursday 7 March 2013

The Big Bang Theory (Quran dan Sains)

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya adalah sesuatu yang padu. kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air kami jadikan segalanya sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka juga tidak beriman?
(surah al-Anbiya';30)

Keterangan ayat:
  1. Mengenai asal usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum berpisah dua.
  2. Hakikat kehidupan air sebagai asas segala kehidupan.

Berhubung dengan ayat di atas, berdasarkan Imam Said bin Jubair berkata:
"Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan, dan dengan itu maka zahirlah bumi dan berlakulah pemisahan dan itulah yang dijelaskan oleh Allah dalam ayat ini."

Kebenaran ayat Allah ini dibuktikan dengan teori Bing Bang. Berdasarkan teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu kemudian berlaku suara letupan yang kuat, sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Kemudian, berlaku pengembangan dan pengecutan, maka lahirlah bintang-bintang, planet-planet dan galaksi serta seumpamanya.


Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemui bukti-bukti yang kukuh menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan alat-alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa alam ini bercantum pada asalnya diikuti letupan yang besar, ekoran dari letupan maka terjadi pengembangan ini.

Maka, 
kenyataan al-Quran berhubung teori permulaan alam sememangnya saintifik. 
Dr. Alfred Kroner seorang pakar sains geologi berkata,
"Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itu pun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu, saya rasa tidak akan mampu untuk mengetahui tentang hal ini."

Akhirnya beliau berkata,
"Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan bumi dan kejadiannya, dan bila kita kaitkannya dengan kejadian sains, maka kita menyatakan kenyataan al-Quran secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah saintifik."

Sumber: Quran Saintifik, Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin




No comments:

Post a Comment