Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Saturday, 9 March 2013

Kembara Ilmu 2013

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kelab Biosis telah berjaya menganjurkan program Kembara Ilmu 2013 dengan kerjasama Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu.


Program yang berkonsepkan sains dan al-Quran yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang sains dari perspektif Islam dan al-Quran. Program yang berlangsung pada 9/Mac/2013 yang diadakan aktiviti-aktiviti sepanjang satu hari. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah :

1. Ceritera Cendekiawan
2. Menyingkap Khazanah Sains Bersama Islam bersama Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir yang bertajuk Benarkah Alam Bertasbih
3. Explorace Jejak OSEM
4. Menyingkap Khazanah Sains bersama al-Quran. Forum yang menfokuskan bolehkah agama membangunkan sains dan adakah wujud kesatuan antara sains dan agama. Panel yang hadir ialah Prof. Dato' Yusof Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari dan Ustaz Shauqi Othman, personaliti TV9 (Tanyalah Ustaz)

Program ini telah berjaya membuka minda para peserta dan para hadirin. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Program Kembara Ilmu, MT dan EXCO serta AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang perjalanan program Kembara Ilmu 2013.

Semoga program bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Sekian, wassalam.

Persembahan kumpulan Ilham Universiti Malaysia Terengganu

Forum bersama Prof. Dato' Yusof Othman dan Ustaz Shauqi Othman 


Sewaktu sesi forum berlangsung

Barisan EXCO dan AJK



Thursday, 31 January 2013

Tahniah- tempat kedua Ikon Varsiti Berita Harian


Tahniah diucapkan kepada saudara Taufiq, saudari Shafiqa Zaki dan saudari Afiqah Hisham atas kejayaan mereka mendapat tempat kedua dalam Ikon Varsiti Berita Harian dalam kategori SEMINAR. 
Syabas dan tahniah diucapkan daripada BIOSIS.
Semoga dengan kejayaan ini, BIOSIS akan lebih maju pada masa hadapan.

Thursday, 24 January 2013

Biosis di Ikon Varsiti Berita Harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

BIOSIS ingin mengucapkan semoga berjaya kepada para wakil kelab BIOSIS dalam Majlis Pengumuman Pemenang IKON VARSITI BERITA HARIAN pada jumaat ini, 25 Januari 2013.
Semoga tempat pertama akan menjadi milik BIOSIS.


Mudahan kejayaan menjadi mi;ik BIOSIS

Perancangan untuk Semester 2 2012/2013

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Yang Esa semester 1 telah sampai ke penghujungnya. Tidak lama lagi para pelajar akan memasuki Semester 2 2012/2013. Mudah-mudahan semester yang akan datang memberi lebih banyak kemajuan untuk semua. Selain itu, semoga perancangan untuk semester 2 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Maka, komitmen daripada setiap ahli kelab biosis sangat digalakkan.

Perancangan Kelab Biosis untuk Semester 2 turut disertakan di sini.

Bil.
Program
Tempat
Tarikh
Objektif
1
Progam Malam Palestin di Hatiku
Auditorium FPE
8 Mac 2013
Program Malam Palestin di Hatiku bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai liku-liku perjuangan rakyat Palestin dan juga memberi kesedaran bertapa bersyukurnya mahasiswa hidup di Malaysia yang tidak terlibat dengan kancah peperangan

2
Program Kembara Ilmu :
Sains dari Perspektif Islam dan Al-Quran
Auditorium FPE
&
DSM
9 Mac 2013
Membantu para pelajar menjadi mahasiswa yang lebih memahami perkaitan antara sains dan islam yang mana ia tidak dapat dipisahkan. Selain itu, program ini juga bertujuan supaya mahasiswa mahasiswi lebih mengenali tokoh-tokoh ilmuwan dalam islam serta sumbangan mereka yang membawa kepada kemajuan sehingga ke hari ini.

3
Program BioRun
Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir
Mac/April
Melahirkan mahasiswa yang cergas minda dah sihat tubuh badan disamping memelihara alam sekitar.


4
Program Mount Tahan Expedition Challenge (MTEC 2013)
Gunung Tahan, Pahang
6-12 April 2013

Untuk meneroka khazanah alam puncak tertinggi Semenanjung Malaysia yang mana hasil penerokaan akan didokumentasikan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa dan orang awam tentang nilai dan kepentingan biodiversiti negara serta isu-isu yang berkaitan dengan pemuliharaan dan pengurusannya.



5
Program Konvensyen Biologi 2013
Auditorium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak
19-12 April 2013
Konvensyen Biologi 2013 (BIOCON 2013) ini ialah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mahasiswa tentang perkembangan ilmu biologi, kepentingannya terhadap dunia pada era kini dan akan datang serta potensi pekerjaan di pasaran yang dikhususkan kepada mahasiswa biologi.
6
Majlis Makan Malam Tahunan JasBio
Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam
17 Mei 2013
Majlis ini adalah merupakan satu medium untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk negara kita secara umumnya dan para pelajar Jabatan Sains Biologi secara khususnya, sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, ia akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan program dan melatih mereka secara langsung untuk program-program yang akan dijalankan.




Sunday, 26 February 2012

Majlis Anugerah Kepimpinan Pelajar (MAKEP 2012)


25 Februaru 2012 - Majlis Anugerah Kepimpinan Pelajar (MAKEP 2012). Untuk pengetahuan semua, BIOSIS telah mendapat dua pencalonan utama untuk anugerah yang dipertandingkan iaitu Anugerah Multimedia Kelab Terbaik dan Anugerah Penasihat Terbaik (En. Farid). Meskipun tidak memenangi kedua-dua anugerah tersebut, bagi saya, pencalonan utama ini adalah merupakan satu platform yang baik untuk BIOSIS yang baru ditubuhkan enam bulan ini. Saya yakin dan percaya, dengan kekuatan yang ada pada setiap ahli BIOSIS terutama bakal menjadi peneraju utama BIOSIS  nanti (Tahun Pertama dan Tahun Kedua Sains Biologi dan Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti), bahawa kita mampu merangkul sekurang-kurangnyanya satu anugerah pada MAKEP tahun hadapan. Insya-Allah..
Walau bagaimanapun, matlamat utama BIOSIS iaitu untuk membina mahasiswa yang  pintar, berdaya saing, dan berkeyakinan tinggi tetap tidak diganggu gugat oleh matlamat mencapai MAKEP ini. Yang penting ahli BIOSIS sekalian mendapat manfaat dari setiap program yang dianjurkan Insya-Allah..

Presiden Gabungan Mahasiswa Biologi (BIOSIS) UMT 2011/2012
Mohamad Haris bin Hussain 

Malaysian Soft Skills Scale (My3s)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pelaksanaan kajian kemahiran insaniah melalui laman Sesawang (My3S) perlu
dijalankan sepenuhnya oleh kesemua IPTA dan melibatkan PELAJAR
WARGANEGARA TAHUN AKHIR yang mengambil IJAZAH SARJANA MUDA di universiti.
Tempoh pelaksanaan instrumen adalah seperti ketetapan berikut:

20 FEBRUARI 2012 SEHINGGA 25 MAC 2012.

Laman kajian sesawang boleh dilayari menerusi alamat
http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php

Justeru itu, pohon kerjasama semua pelajar tahun akhir UMT agar mengisi
borang soal selidik secara online tersebut. Hasil dapatan kajian ini akan
dimasukkan sebagai salah satu kriteria penilaian Sistem Penarafan
Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA). Sebarang pertanyaan mengenai
kajian tersebut boleh diajukan kepada Puan Nur Amirah (4271).

Sekian, terima kasih