Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, 5 March 2013

Jantung sahabat manusia.

Jantung merupakan organ terpenting dalam badan kita.
Organ yang tidak akan berhenti bekerja melainkan kita sudah meninggal dunia.

Jantung manusia mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Antaranya:

1. Saiz jantung hanyalah sebesar sekepal tangan kita.
Walau pun jantung kita hanyalah sebesar itu, ia merupakan organ yang paling aktif dalam badan. Jantung berfungsi secara automatik tidak seperti organ yang lain di mana memerlukan kehendak kita untuk bertindak.


2. Jantung bukan hanya satu pam. 
Jantung terdiri daripada dua pengepam yang berlainan. Pam sebelah kiri mengeluarkan darah ke seluruh tubuh dan membawa oksigen serta zat makanan untuk disebarkan ke seluruh sel badan kita. 
Apabila sampai ke seluruh tubuh kita paling hujung, darah kembali ke pam sebelah kanan, dan dihantar ke paru-paru untuk mengumpulkan oksigen dengan lebih banyak. 
Kemudian, darah kembali ke pam sebelah kiri dan dipam keluar dari jantung. 
Demikianlah proses ini terus berulang.

3. Volume Pengepam satu hari.
Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 1500 meter.

4. Panjang saluran darah.
Saiz aorta bersamaan dengan saiz hos air yang biasa digunakan dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. 
Tahukah anda? Jika disambung keseluruhan saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100 000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!


5. Denyutan jantung.
Kadar kelajuan jantung kita berdenyut bergantung dengan aktiviti yang kita lakukan. 
Rata-rata sepanjang kita hidup, jantung berdenyut sebanyak 3 bilion kali tanpa henti.
Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia?


6. Tekanan pam jantung.
Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. 
Walaupun seseorang sedang berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lagi keras daripada otot kaki yang sedang berlari pecut.


Oleh itu, kita mesti sayang akan jantung kita. Hargai jantung dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

video mengenai cara jantung bekerja



Tuesday, 29 January 2013

Air bukan sekadar penghilang dahaga




Badan kita memerlukan 70 peratus dan jika air yang diminum bersih, sel badan akan menjadi lebih segar dan kuat. Cukupkah kandungan air yang kita perlukan? Masalah berlebihan air sebenarnya jarang berlaku, tetapi kebanyakan orang menghadapi kekurangan air (dehidrasi).



Tahukah anda?

Badan kehilangan air melalui:

  • pernafasan (satu gelas air atau 14 peratus)
  • air kencing ( 5 1/2 gelas air atau 10 peratus)
  • peluh ( dua gelas air atau 34 peratus)
  • najis ( setengah gelas air atau 2 peratus)
Air mempunyai banyak kelebihan yang kita sedia maklum, antaranya:

1. Membantu mengekalkan kelangsingan badan.
 Minum banyak air kosong sebenarnya membantu mencergaskan metabolisme kita terutama air yang benar-benar sejuk(bukan ais batu). Hal ini kerana badan kita perlu bekerja untuk memanaskan air berkenaan dan proses ini akan membakar kalori.

2. Air merangsang tenaga.
Pengambilan air yang secukupnya akan membantu jantung mengepam darah dengan lebih efisien begitu juga dengan organ yang lain.

3. Air dapat kurangkan tekanan dalam badan.

4. Menjaga otot.
Minum air yang secukupnya dapat mencegah daripada mengalami kekejangan otot dan juga menjadi pelincir sendi.

5. Air mencergaskan pencernaan.
Air membantu melembutkan bahan buangan supaya ia mudah bergerak di dalam usus dan menuju ke rektum untuk dibuang menjadi najis.

6. Mencegah terbentuk batu karang.
Air membantu mencairkan garam dan mineral dalam air kencing. Batu karang tidak boleh terbentuk dalam air kencing yang cair.

7. Mencantikkan kulit.
Kekurangan air dalam badan membuatkan garis halus dan dalam di kulit mudah terbentuk. Ada orang mensifatkan air sebagai krim kecantikan semula jadi kerana ia boleh menyihatkan sel, membuatkan kulit kita nampak lebih muda. Air juga menyingkirkan bahan kumuh dari badan yang menjadi racun kepada kecantikan kulit.


Tanda badan kekurangan air:
  • Berat badan menurun melebihi satu peratus sehari.
  • Warna air kencing menjadi pekat dan jumlahnya sedikit.
  • Rasa sangat dahaga.
  • Sakit kepala, tidak selesa.
  • Kebas atau terasa menyucuk di kepala, leher dan belakang badan.
  • Seram sejuk atau menggigil beserta kulit berpeluh dan pucat.
  • Terlalu lesu.
  • Mual
  • Denyut nadi menjadi cepat tetapi lemah.
Sumber: harianmetro 28januari2013